1. Soalan : Apakah URL ePembelajaran UMT?
    Jawapan : http://elearn.umt.edu.my
    Anda juga melayari laman ePembelajaran dengan capaian Portal Mynemo dan klik pada menu e-Kuliah atau Moodle.
    .
  2. Soalan : Saya terlupa katalaluan elearn?
    Jawapan : Sila rujuk kepada pegawai tanggungjawab En. Nazir / En. Talib di PTM.
    .
  3. Soalan : Saya boleh akses portal mynemo tetapi tidak boleh akses e-kuliah atau Moodle.
    Jawapan : Sila buat aduan di Helpdesk ePembelajaran. Menu helpdesk ini dipaparkan pada muka depan http://elearn.umt.edu.my. Masalah anda akan dirujuk secepat mungkin. Notis maklumbalas akan diberikan melalui emel rasmi UMT. Sekiranya ada masalah tidak dapat diselesaikan, pentadbir akan menghubungi melalui telefon atau emel.
  4. Soalan : Saya tidak dapat mendaftar subjek-subjek untuk semester ini (2011) pada ekuliah moodle
    Jawapan : Kepada para pelajar berjaya login sistem epembelajaran tetapi tidak terdapat subjek yang dipelajari pada semester ini, sila daftar subjek tersebut dengan tindakan berikut.
    Langkah 1: Pada Menu My Courses(Sebelah kiri), klik pada All Courses

    Langkah 2 : Sila masukkan Nama Subjek Anda diruangan Search courses, dan klik butang 'Go'
    Langkah 3 : Pastikan anda daftar subjek yang dipapar dengan mengenalpasti pensyarah anda. Klik pada Nama Subjek tersebut.
    Langkah 4 : Mesej Pengesahan akan dipaparkan, dan Klik butang OK.
    Langkah 5 : Sila lakukan langkah 1-4 untuk subjek berikutnya.